Pelakon, Daiyan Trisha sering kali mencuri perhatian ramai menerusi lakonan atau penampilannya yang bersahaja, khasnya di media sosial.
Terbaharu, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan potongan rambut bob, yang jelas menyerlahkan lagi kecomelannya.
Potongan rambut bob itu terletak elok pada wajah Daiyan yang berbentuk bujur. Malah, kepanjangan rambut Daiyan pada paras bawah telinga, membuatkan Daiyan nampak seperti seorang gadis remaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis memuji kecantikkan pelakon ini dengan potongan rambut sedemikian.
Malah, ada juga dilihat mengecam dirinya kerana tidak istiqamah selepas pulang daripada menunaikan umrah beberapa bulan yang lalu.
Sumber: Instagram Daiyan