Sokong Palestin, Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui tidak kisah jika hubungan kerjayanya bersama jenama antarabangsa bakal terjejas dek kerana prinsipnya dalam memberi sokongan kepada negara Palestin.

sokong palestin, daiyan trisha tak kisah hubungan dengan jenama antarabangsa terjejas

Menurut Daiyan, beliau percaya semua rezeki yang datang adalah daripada Allah SWT.

 

“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.

“Rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini Alhamdulillah. dan oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka,” tulis Daiyan menerusi hantaran di Instagram.

 

Dalam pada itu, Daiyan berkata beliau akan tetap terus bersuara mengenai isu semasa itu demi membantu mereka yang terjejas di Gaza yang kini sedang bertarung nyawa.

 

“Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza - malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.

“Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang,” kata Daiyan.

sokong palestin, daiyan trisha tak kisah hubungan dengan jenama antarabangsa terjejas

 

 

Hantaran itu jelas mendapat perhatian ramai khususnya rakan artis dan warganet yang sepakat bersama dengan pendirian Daiyan dan turut memuji tindakannya itu dalam memperjuangkan hak penduduk di Palestin.

 

Sumber: Instagram