‘‘Budak Sekolah Mana Boleh Bersolek Keterlaluan..’’, Daiyan Puas Bawa Watak Pelajar SPM

Sejak memulakan tayangan pada 15 Mac lalu, drama Projek: Anchor SPM yang pada awalnya dikatakan meniru karya Thailand, Bad Genius, kini semakin mendapat tempat di hati penonton.

‘‘budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan..’’, daiyan puas bawa watak pelajar spm

Menerapkan elemen kehidupan pelajar yang bergelut menghadapi peperiksaan SPM, drama lakonan Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin sebagai watak Aaidaa ini nyata berbeza dengan tanggapan awal orang ramai.

‘‘budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan..’’, daiyan puas bawa watak pelajar spm

Menurut Daiyan, 27, beliau akui puas apabila drama Projek: Anchor SPM ini diterima peminat.

‘‘budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan..’’, daiyan puas bawa watak pelajar spm

"Alhamdulillah, penonton suka dan ramai layan cerita ini. Mereka kata drama ini berbeza serta suka jalan cerita yang dianggap lain dari yang lain. Mereka kata ia drama yang ditunggu-tunggu.

"Keseluruhannya penonton adalah golongan muda, tapi ada juga yang lebih dewasa. Ia mengambil latar tahun 2003 jadi ada elemen penggunaan telefon bimbit Nokia, satu jenama popular era itu. Ada juga barang-barang memori yang lain.

"Mereka yang berusia pun boleh kaitkan dengan drama ini. Semua kata rindu dengan kisah lama yang pernah dilalui," katanya seperti dipetik dari Harian Metro.

 

Menurut Daiyan lagi, disebabkan wataknya sebagai pelajar sekolah, beliau tidak mengenakan solekan berat dan keterlaluan, cukup sekadar perlu mengikut pada kesesuaian watak.

‘‘budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan..’’, daiyan puas bawa watak pelajar spm

"Sebagai pelakon saya kena melakonkan watak seperti dikehendaki pengarah. Budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan. Apatah lagi budak pintar lagilah tak bersolek. Sekadar perlu sahaja.

"Saya boleh berlakon tanpa solekan melampau ikut kesesuaian watak. Tambah lagi kadang-kadang apabila menjalani penggambaran sehingga malam dengan solekan pun tak bagus juga.

"Ini kali kedua saya bawa watak budak sekolah. Sebelum ini menerusi saluran Astro Ceria, saya berlakon sebagai pelajar kolej," katanya.

‘‘budak sekolah mana boleh bersolek keterlaluan..’’, daiyan puas bawa watak pelajar spm

Rata-rata peminat yang menonton filem berkenaan turut memuji lakonan Daiyan sebagai pelajar sekolah, meskipun watak yang dibawa adalah 10 tahun lebih muda berbanding usianya yang sebenar.

 

Tonton drama Projek Anchor: SPM di saluran Astro Citra HD (108) dan Astro Citra (128).

 

Sumber: [1]