Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dijalankan di Malaysia sejak 24 Feb lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sejak itu, ramai yang mula melakukan pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera dengan jumlah pendaftaran kini seramai 1.6 juta individu.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), mulai 5 Mac ini, proses pendaftaran vaksin COVID-19 juga boleh dibuat melalui laman web www.vaksincovid.go.my atau melalui talian hotline yang akan diumumkan kelak.