Dafi Rasa Pelik Ditawarkan Jadi Tentera Dalam Malbatt Misi Bakara

Menjadi antara filem paling mahal dengan kos pembikinannya mencecah RM20 juta, filem arahan Adrian Teh, Malbatt Misi Bakara pasti membawa satu kelainan dalam industri perfileman tanah air.

 

Filem ini juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, dan juga Dafi Ismail Sabri.

dafi rasa pelik bila jadi tentera dalam malbatt misi bakara

Selepas 15 tahun berada dalam bidang seni, Dafi berasa pelik apabila ditawarkan berlakon dalam filem aksi ini dan menerima peluang itu sebaiknya meskipun ia adalah sesuatu yang berbeza buat dirinya.

 

"Kalau cakap bab pelik, sebenarnya saya pun pelik. Saya dah 15 tahun dalam bidang ini, tak pernah terfikir berlakon menjadi askar. Jadi apabila dapat peluang ini, ia sesuatu yang berbeza.

"Orang dah biasa tengok sisi saya yang sama saja, remaja. Kali ini selepas 15 tahun dan agak lama macam tak keluar, jadi sekarang saya berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton," katanya.

 

Tambah beliau lagi, meskipun beliau kini berstatus anak kepada Perdana Menteri Malaysia, ia bukan alasan untuk dirinya menggunakan nama itu khususnya dalam bidang lakonan.

 

Ujarnya, hubungan kerjasama bersama pengarah, Adrian Teh sejak dalam filem Ada Hantu mungkin menjadi sebab kenapa beliau terpilih untuk filem aksi ketenteraan ini.

dafi rasa pelik bila jadi tentera dalam malbatt misi bakara

Filem Malbatt Misi Bakara dijangka ditayangkan pada sambutan Hari Merdeka tahun hadapan.

 

 

Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN