“Semoga Membesar Jadi Anak Yang Soleh, Daddy Rindu Awak” - Fattah Amin

Ucapan hari jadi pelakon Fattah Amin kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mengundang sebak kepada orang ramai. 

“Daddy rindu awak, Fatima Aisya.”

Menurut Fattah lagi, dia sentiasa mendoakan Fatima agar menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa dijaga Allah SWT.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

 

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.

“Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.

Menerusi video yang sama, dilihat Fattah menyanyikan lagu kanak-kanak The Finger Family bersama Fatima.

 

Sumber: Kosmo