Lagu nyanyian legenda rock, Datuk Awie berjudul Tragedi Oktober dan Nurnilan Sari yang ditukar lirik menjadi ‘Pinjam 100’, kini sedang menjadi fenomena di media sosial.
Trend berkenaan adalah parodi kepada lagu tersebut yang mana lirik asalnya adalah "Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari, buatku merempuhi malam" ditukar menjadi "Pinjam seratus, Nur Nilam Sari, pakai dulu bayar nanti".
Personaliti ERA iaitu Azad Jazmin baru-baru ini telah dicabar dua rakan setugasnya di segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad dan Radin untuk cuba ‘Pinjam 100’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azad yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad dengan beraninya menyahut cabaran tersebut, hinggakan beliau telah cuba membuat latihan beberapa jam sebelum berhadapan dengan Perdana Menteri di Parlimen.
Seperti yang dijanjikan, Pak Azad telah berjaya menemui dan berhadapan dengan Perdana Menteri untuk ‘Pinjam 100’, namun lain pula jadinya.
“Assalammualaikum Datuk Seri, saya daripada ERA. Ingat nak pinjam seratus Datuk Seri,” kata Pak Azad kepada PMX.
Dalam keadaan gugup, Pak Azad kemudian membetulkan ayatnya dengan menambah beliau ingin meminjam 100 kata-kata semangat daripada beliau.
Video berkenaan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata memuji Pak Azad yang dilihat sopan dalam berhadapan dengan Perdana Menteri, selain berani menyahut cabaran yang diberikan kepadanya.
Meskipun tidak berjaya untuk ‘Pinjam 100’, Pak Azad dilihat sempat menyalurkan sumbangan derma 100 untuk Tabung Gaza.
Terbaik Pak Azad dan seluruh team ERA!
Sumber: Tiktok ERA