Cuaca tidak menentu boleh menjadi punca kepada berlakunya pengurangan bekalan sumber protein itu, lalu menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Kasim Tawe yang berkata secara keseluruhannya stok bekalan ikan kini masih stabil namun perubahan cuaca di luar jangka dapat memberi kesan kepada pengeluarannya.
.
"Keadaan cuaca ketika ini menyebabkan nelayan kurang ke laut dan mungkin hari ini ikan kembung mengalami kenaikan harga disebabkan pendaratannya kurang. Perairan Port Dickson mempunyai lebih banyak ikan komersial seperti siakap serta jenahak dan ia masih mencukupi," katanya.
.
Tambah beliau, anggaran pendaratan ikan dari awal tahun hingga April lalu adalah sebanyak 203 tan metrik.
.
Bagi memperbanyakkan stok sumber ikan, katanya pengurusan secara efektif dapat menjaga ekosistem pembiakannya bagi memastikan pendaratan ikan berterusan untuk memenuhi keperluan rakyat khususnya di negeri ini.
.
Dalam perkembangan yang sama, faktor perairan di Port Dickson yang mempunyai banyak ikan bernilai tinggi seperti siakap dan ikan merah kerana terdapat terumbu karang yang sesuai untuk pembiakan ikan tersebut.
.
Justeru, terdapat beberapa kawasan telah digazetkan sebagai kawasan larangan menangkap ikan bagi memastikan ekosistem dan sumber perikanan tersebut dapat dijaga dengan baik.
.
Sumber: [1]