Cuaca Panas Ketika Ini Dijangka Sampai Tengah Mac

Jika anda merasakan keadaan cuaca yang agak panas sejak akhir-akhir ini, terutamanya di utara Semenanjung Malaysia, ia sebenarnya merupakan kesan daripada fasa akhir Monsun Timur Laut yang sedang berlaku ketika ini.

cuaca panas ketika ini dijangka sampai tengah mac

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca panas itu terjadi berikutan taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama, terutamanya pada waktu malam. Ia merupakan satu fenomena biasa terjadi sepanjang Feb hingga April setiap tahun.

 

Met Malaysia juga menjangkakan cuaca panas ini akan berterusan hingga pertengahan bulan Mac.

 

Tambah lagi, sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan Februari lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Suhu tertinggi pada Februari ialah 36.2 darjah Celcius, manakala pada tahun lepas ialah 37.4 darjah Celcius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air, elakkan daripada melakukan aktiviti pembakaran terbuka, kurangkan aktiviti luar dan minum air secukupnya.

cuaca panas ketika ini dijangka sampai tengah mac

Sumber: Astro Awani / MetMalaysia