Korang rasa panas tak semenjak dua menjak ni?
Kalau rasa panas tu betul lah sebab negara kita sedang mengalami fenomena kekurangan kadar taburan hujan dan litupan awam. Perkara ini disampaikan oleh Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Menurutnya juga, faktor yang menyebabkan fenomena itu kerana tiupan monsoon barat daya. Perkara ini telah menyebabkan beberapa tempat yang direkodkan mencapai suhu di antara 33 hingga 34 darjah celcius.
Namun, pihaknya menyatakan bahawa cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan selepas monsoon barat daya berakhir serta kadar taburan hujan kembali normal. Katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia juga fenomena ini hanya berlaku di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.
Jadi, untuk memastikan badan korang sentiasa bertenaga pastikan korang minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti di luar.
Sumber: Sinar Harian