COVID-19: Perlis Negeri Pertama Bebas Wabak

covid-19: perlis negeri pertama bebas wabak

Negeri Perlis telah diiktiraf sebagai negeri pertama yang bebas daripada wabak novel Koronavirus atau COVID-19. Ini kerana selepas 18 kes positif sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan menjadikan negeri itu sudah tiada kes positif COVID-19.

Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, keseluruhan daerah di kawasan Perlis telah dilabel sebagai zon hijau.

Selain Perlis, Kelantan juga antara negeri yang agak baik apabila hanya dua tempat sahaja merekodkan kes positif. Kota Bharu dan Tanah Merah masing-masing mencatatkan enam dan satu kes.  Kawasan jajahan lain telah pun dilabelkan sebagai zon hijau.

Sumber: Sinar Harian