COVID-19: Malaysia Catat 14 Kematian, Jumlah Kematian Di Seluruh Dunia Cecah 14,000

covid-19: malaysia catat 14 kematian, jumlah kematian di seluruh dunia cecah 14,000

Malaysia sekali lagi melaporkan kematian akibat penularan wabak COVID-19. Pada hari ini terdapat 4 kematian yang dilaporkan dan menjadikan keseluruhan di Malaysia sebanyak 14 kematian. Hari ini juga mencatatkak jumlah penambahan yang paling tinggi dari segi kes positif sebanyak 212 kes.

Dari segi statistik dunia, 339, 831 kes didapati positif. Manakala, 14,530 kes yang menyebabkan kematian telah dilaporkan. Untuk jumlah sembuh pula, 97,024 kes telah dilaporkan.

China terus mendominasi sebagai negara paling tinggi yang melaporkan positif COVID-19 dengan sebanyak 81,454 kes. Jumlah kematian di China pula sebanyak 3276 kes. Itali pula mengalami jumlah kematian yang paling tinggi iaitu sebanyak 5476 kes. Jumlah yang dilaporkan positif adalah sebanyak 59,138 kes.

HArapnya semua ini akan berakhir dengan cepat dan dunia akan kembali seperti biasa.

covid-19: malaysia catat 14 kematian, jumlah kematian di seluruh dunia cecah 14,000

SUMBER: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia