616,815 Jumlah Terkini Kes Keseluruhan COVID-19 Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia setakat 6 Jun kini mencecah 616,815 kes.

616,815 jumlah terkini kes keseluruhan covid-19 di malaysia

Berikut adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,133 kes (526,809 kes kumulatif, 85.4%);
  • Kes baharu : 6,241 kes (616,815 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (5 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,227 kes [5,404 warganegara (86.8%); 823 bukan warganegara (13.2%)];
  • Kes aktif : 86,628 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :890 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 444 kes;
  • Kes kematian : 87 kes (3,378 kes kumulatif, 0.55%; 84 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,338 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,625 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 713 kluster.

616,815 jumlah terkini kes keseluruhan covid-19 di malaysia

Sebanyak 87 kes kematian pada 6 Jun yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang,serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan.

 

KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan COVID-19.

 

Sumber: KKM