17,045 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan Kini Lebih Sejuta Kes COVID-19 Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17,045 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada 25 Julai 2021.

 

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini melepasi angka satu juta iaitu sebanyak 1,013,438 kes.

 

Daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045 kes ) dan Kedah (1,216 kes). Pecahan setiap negeri (kumulatif) adalah seperti berikut:

  • Selangor - 8,500 (367,469)
  • WPKL - 2,045 (110,051)
  • Johor - 950 (84,258)
  • Sabah - 818 (79,470)
  • Sarawak - 407 (73,986)
  • Negeri Sembilan - 513 (66,615)
  • Pulau Pinang - 573 (42,097)
  • Kelantan - 266 (39,673)
  • Kedah - 1,216 (38,477)
  • Perak - 609 (33,919)
  • Melaka - 370 (28,094)
  • Pahang - 424 (21,387)
  • Terengganu - 273 (14,318)
  • WP Labuan - 21 (9,599)
  • WP Putrajaya - 50 (3,367)
  • Perlis - 10 (658)

17,045 kes baru, jumlah keseluruhan kini lebih sejuta kes covid-19 di malaysia

17,045 kes baru, jumlah keseluruhan kini lebih sejuta kes covid-19 di malaysia

Daripada 17,045 kes harian yang dilaporkan ini, sebanyak 187 kes (1.1 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 124 kes (0.7 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 122 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 7,489 kes (43.9 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 9,123 kes (53.5 peratus) kategori 1 (tidak bergejala), iaitu semasa kes-kes ini baharu didiagnosa. Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5 semasa baru didiagnosa, di mana ianya berjumlah sebanyak 433 kes yang perlu ditempatkan di hospital merawat COVID-19 yang semakin penuh dan sesak.

 

Sumber: KKM