COVID-19: KKM Tentukan Sama Ada PKP Dilanjutkan Atau Tidak Berdasarkan Indikator Ini

covid-19: kkm tentukan sama ada pkp dilanjutkan atau tidak berdasarkan indikator ini

Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun memasuki fasa ketiga. Menjadi persoalan ketika ini adalah apakah PKP akan dilanjutkan untuk fasa keempat.

Sewaktu sidang media harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan bahawa KKM akan melihat kepada beberapa indicator bagi menentukan sama ada PKP harus dilanjutkan atau tidak.

Antara indicator yang disebutkan oleh beliau ialah pengurangkan kes yang masih dirawat kebolehjangkitan kes.

“Sekarang ini, kita ada 2,198 kes tetapi sekiranya kes ini berkurangan, maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di komuniti iaitu daripada satu individu kepada seorang lagi individu," menurut Dr Noor Hisham.

Indikator kedua ialah kaedah pengawasan. Menurutkan kaedah ini telah dilaksanakan semenjak Januari untuk mengesan kes secara harian.

“Daripada bulan Januari itu kita melihat kepada kes-kes jangkitan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di dalam komuniti.

Indikator ketiga pula adalah kemapuan untuk melihat kawasan-kawan tertentu dan kepadatan sesuatu kawasan tersebut sama ada masih wujud akan jangkitan atau kluster baharu di tempat tersebut.

Indikator keempat dan yang paling penting adalah kemampuan makmal kesihatan sama ada makmal dapat mengesan kes dengan cepat dan tepat. Beliau juga turut menambah kemampuan hospital untuk menampung jumlah pesakit juga elemen yang harus dilihat bagi menetukan PKP.

Sumber: Astro Awani