COVID-19: KKM Khuatir Penuruan Kes Positif Membuatkan Rakyat Mengambil Mudah PKP

covid-19: kkm khuatir penuruan kes positif membuatkan rakyat mengambil mudah pkp

Semenjak beberapa hari lepas, terdapat penurunan dalam kes positif COVID-19 di negara kita. Sehingga jam 12 tengah hari semalam, hanya terdapat 54 kes positif baharu yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluahkan rasa kekhuatiran sekiranya masyarakat menyalahertikan penurunan tersebut dan seterusnya mengambil mudah akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, KKM juga khuatir seandainya masyarakat memikirkan bahawa masalah COVID-19 hampir selesai apabila jumlah penurunan kes positif berlaku setiap hari.

Jika korang ada berfikiran sedemikian, korang salah. Biarpun kes positif menurun namun kita semua harus terus patuh kepada PKP.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Abdullah terus menasihatkan berada di dalam rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan.

Jadi, tak kira lah macam mana pun keadaan kos positif harian, teruskan berada di dalam rumah dan patuh kepada PKP. Lagi kita berdisiplin, lagi cepatlah kita keluar daripada kepompong ini.

Sumber: Twitter KKM

ARTIKEL BERKAITAN