COVID-19: Kes Positif Turun Kepada Tiga Angka!

covid-19: kes positif turun kepada tiga angka!

Alhamdulillah, angka kes positif COVID-19 untuk hari semalam telah menurun dan kembali pada tiga angka.

Berdasarkan laporan KKM, terdapat 660 kes positif baharu yang dilaporkan. Daripada jumlah itu, 656 daripanya adalah kes tempatan dan 4 kes import. Secara keseluruhanya, kes positif COVID-19 di negara telah mencecah 50,390 kes.

Kes sembuh baharu pula sebanyak 630 kes. Jumlah keseluruhannya adalah 37,254 kes. Terima kasih kepada seluruh petugas yang bertungkus lumus menjaga negara.

Bagaimanapun, kes kematian turut meningkat apabila 4 lagi kes dilaporkan. Secara keselurhannya negara kita telah mencatatkan 322 kes sepanjang COVID-19.