COVID-19: Kes Positif Menurun Bawah 100 Kes Dan Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif menurun bawah 100 kes dan tiada kematian baharu dilaporkan

Sekitar jam 4.30 petang tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Untuk hari ini terdapat penurunan dari jumlah kes positif.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, hanya 55 kes positif baharu sahaja dilaporkan kepada KKM. Tujuh daripadanya dikesan sebagai kes import. Secara kumulatifnya, Malaysia telah mencatatkan 6,353 kes semenjak wabak ini mula tular.

Selain itu, KKM telah berjaya menyelesaikan 71 kes lagi. Dengan jumlah itu, 4,484 kes sembuh telah berjaya dicatatkan. Sehingga hari ini juga masih terdapat 1,764 kes aktif di mana 28 daripadanya telah ditempatkan di ICU dan 13 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, jumlah angka kematian kekal pada 105 kes apabila tiada sebarang kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Hari ini bermula lah PKPB, jadi amalkan normal baharu dengan menjaga penjarakan sosial dan kebersihan sebaik mungkin.

Sumber: twitter KKM