COVID-19: Kes Positif Baharu Terus Menurun, Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif baharu terus menurun, tiada kematian baharu dilaporkan

Hari ini status COVID-19 di negara kita menunjukkan perkembangan yang agak baik. Angka untuk kes positif hari ini terus menurun dan berada di bawah 50 kes.

Berdasarkan laporan KKM, hanya 39 kes positif baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari. Daripada jumlah tersebut, 1 kes dikenalpasti sebagai kes import.

Kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 74 kes. Secara kumulatifnya, KKM telah menyelesaikan 4,776 kes.

Sehingga hari ini, terdapat 1,585 kes aktif yang masih dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 19 daripadanya ditempatkan di ICU dan 8 kes daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan lain, tiada kematian baharu dilaporkan. Angka kes kematian terus kekal pada 107 kes.

Sumber: KKM