COVID-19: Kes Positif Baharu Terus Menurun, Satu Kematian Baharu Didaftarkan

covid-19: kes positif baharu terus menurun, satu kematian baharu didaftarkan

Sekitar jam 4:30 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini akan status COVID-19 di negara kita. Untuk hari ini, jumlah kes positif menurun sehingga berada bawah 50 kes.

Menurut KKM, pihak mereka telah mendaftarkan 30 kes positif baharu sahaja sehingga 12 tengah hari tadi. Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif sebanyak 6,383 kes. Selain itu, kes sembuh pula adalah sebanyak 83 kes dan menjadikan 4,567 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM.

Sehingga hari ini 1,710 kes masih aktif dan dirawat di hospital. 24 pesakit telah ditematkan di ICU dan 8 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, satu kematian baharu telah didaftarkan. Jumlah tersebut menjadikan 106 kes kematian secara keseluruhan.

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN