COVID-19: Kes Positif Baharu Terus Menurun Dan Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif baharu terus menurun dan tiada kematian baharu dilaporkan

Hari ini agak menggembirakan buat seluruh rakyat Malaysia. Jumlah kes baharu COVID-19 terus menurun hingga 36 kes baharu sahaja dilaporkan. Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan sebanyak 5,425 kes.

Selain itu, tiada kes melibatkan kematian telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Maka, jumlah kes kematian kekal kepada 89 kes.

KKM juga telah berjaya menyelesaikan 98 kes lagi. Dengan jumlah itu, KKM telah berjaya menyelesaikan 3,295 kes semenjak wabak ini mula tular.

Sehingga hari ini, 2,041 kes masih lagi aktif dirawat. Daripada jumlah itu, 45 kes telah ditempatkan di wad ICU dan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan barisan hadapan yang tidak putus asa memerangi wabak ini.

Kepada rakyat Malaysia terima kasih juga kerana terus patuh kepada perintah PKP. Teruskan berada di dalam rumah sehingga kes ini berjaya diselesaikan.

Sumber: twitter KKM