COVID-19: Kes Positif Baharu Terus Bawah 50 Angka, 135 Kes Berjaya Diselesaikan

covid-19: kes positif baharu terus bawah 50 angka, 135 kes berjaya diselesaikan

Status COVID-19 di negara kita menunjukkan prestatsi yang agak memberangsangkan. Untuk hari ini, jumlah kes positif berada bawah 50 kes dan kes sembuh pula melebihi 100 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan 45 kes positif baharu. Daripada jumlah itu, satu kes dikesan sebagai kes import. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes.

Kes sembuh pula meningkat sebanyak 135 kes. Sehingga hari ini KKM telah berjaya menyelesaikan 4,702 kes. Buat masa ini masih terdapat 1,619 kes aktif yang dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 22 kes ditempatkan di dalam ICU dan 9 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, satu kematian akibat wabak ini telah dilaporkan. Sehingga hari ini, negara kita sudah mencatatkan 107 kes kematian secara kumulatif.

Sumber: KKM