COVID-19: Jumlah Kumulatif Kes Positif Di Malaysia Cecah 100,000

covid-19: jumlah kumulatif kes positif di malaysia cecah 100,000

24 Disember, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia telah mencecah 100,000 kes. Setakat semalam, kes baharu yang dicatatkan adalah sebanyak 1,581 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 100,318 kes semenjak virus COVID-19 mula melanda negara kita.

Selain itu, kes sembuh baharu setakat hari semalam pula adalah sebanyak 1,085 kes. Kesimpulannya, kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 81,099 kes.

Angka kematian turut bertambah apabila dua kematian baharu didaftarkan. Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan adalah sebanyak 446.

Selangor terus menjadi negeri tertinggi akan jumlah kes positif dengan kes baharu sebanyak 491 kes diikuti Kuala Lumpur (379) dan Sabah (249).

SumberL Instagram KKM