Bilangan Kematian Harian Akibat COVID-19 Tertinggi Setakat Ini – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 24 kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada 8 Feb, dan ia merupakan kes kematian harian tertinggi pernah dicatatkan.

bilangan kematian harian akibat covid-19 tertinggi setakat ini – kkm

Selain itu, terdapat 3,100 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari, 8 Feb, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 245,552 kes. Perincian kes COVID-19 setakat 8 Feb adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh=2340
  • Jumlah kes sembuh=192,679 kes
  • Kes baharu positif=3,100 kes (3,099 tempatan, 1 import)
  • Jumlah positif=245,552
  • Kes kematian=24
  • Jumlah kes kematian=896 kes
  • Kes dirawat di ICU=282 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=134

Selangor masih menjadi negeri tertinggi kes baharu positif COVID-19 dengan 1,196 kes. Perincian kes baharu COVID-19 bagi setiap negeri di Malaysia adalah seperti yang berikut:

bilangan kematian harian akibat covid-19 tertinggi setakat ini – kkm

Sumber: KKM