Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 7 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada 7 Februari 2021, menjadikan jumlah kluster di Malaysia kini sebanyak 895.
Daripada 895 kluster, 454 kluster telah ditamatkan, dan kini berbaki 441 kluster yang masih dalam pemantauan KKM.
Perincian 7 kluster baharu COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:
Selain itu, KKM turut memaklumkan terdapat 3,731 kes baharu positif COVID-19 pada 7 Feb, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 242,452. Perincian status COVID-19 setakat 7 Feb adalah seperti berikut:
- Kes sembuh = 3,369
- Jumlah kes sembuh = 190,339 kes
- Kes baharu positif = 3,731 kes (3,723 tempatan, 8 import)
- Jumlah positif = 242,452
- Kes kematian = 15
- Jumlah kes kematian = 872 kes
- Kes dirawat di ICU = 292 kes
- Bantuan Alat Pernafasan = 140
Sumber: KKM