COVID-19: 69 Kes Positif Baharu Dilaporkan, 12 Daripadanya Kes Import

covid-19: 69 kes positif baharu dilaporkan, 12 daripadanya kes import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini akan status COVID-19 di negara kita. Untuk hari ini, jumlah kes masih lagi di bawah angka 100.

Sebanyak 69 kes positif baharu telah dilaporkan. Daripada jumlah itu 12 kes daripadanya merupakan kes import. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes.

Selain itu, kes sembuh baharu pula agak menurun apabila 39 kes sembuh telah diselesaikan oleh pihak KKM. Jumlah itu menjadikan kes sembuh sebanyak 4,210 kes.

Dalam perkembangan yang lain, satu kematian baharu telah dilaporkan. Secara keseluruhannya, 103 kes kematian telah direkodkan di Malaysia semenjak wabak ini mula tular di negara kita.

Walaupun angka kes positif tidak mencecah 100 kes, namun korang perlu jaga penjarakan sosial dan amalkan kebersihan yang maksimum.

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN