COVID-19: 68 Kes Positif Baharu, Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: 68 kes positif baharu, tiada kematian baharu dilaporkan

Sekitar jam 4:30 petang tadi, KKM telah mengemaskini status COVID-19 di negara. Angka untuk kes positif hari ini meningkat sedikit namun masih berada di bawah 100 kes.

Berdasarkan laporan KKM, 68 kes positif baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari. Daripada jumlah tersebut, 4 kes dikenalpasti sebagai kes import. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 6,535 kes.

Kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 88 kes. Secara kumulatifnya, KKM telah menyelesaikan 4,864 kes.

Sehingga hari ini,masih  terdapat 1,564 kes aktif yang masih dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya ditempatkan di ICU dan 7 kes daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan lain, tiada kematian baharu dilaporkan. Angka kes kematian terus kekal pada 107 kes.

Sumber: KKM

 

ARTIKEL BERKAITAN