COVID-19: 57 Kes Positif Baharu Dilaporkan Dengan Penambahan Dua Kematian Baharu

covid-19: 57 kes positif baharu dilaporkan dengan penambahan dua kematian baharu

Sekitar jam 4.30 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Untuk hari ini, bilangan kes positif harian sedikit menurun berbanding semalam.

Sehingga jam 12 tengah hari, 57 kes baharu telah dilaporkan. Secara kumulatifnya, kes positif di Malaysia melepasi angka 6000 dengan 6,0002 kes.

Bagaimanapun, KKM telah berjaya menyelsaikan 84 kes lagi dalam masa sehari. Maka, jumlah kes sembuh di Malaysia adalah sebanyak 4,171 kes. Sehubungan dengan itu, kes masih aktif dan dirawat adalah sebanyak 1,729 kes. Daripada jumlah itu 36 kes ditempat di ICU dan 14 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, dua kematian baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 102 kes.

Walauapa pun, terima kasih buat semua petugas KKM, barisan hadapan dan semua yang telah menyumbang bakti untuk melawan penyakit ini. Kita pasti menang!

Sumber: KKM