COVID-19: 57 Kes Positif Baharu Didaftarkan, 18 Kes Daripadanya Adalah Kes Import

covid-19: 57 kes positif baharu didaftarkan, 18 kes daripadanya adalah kes import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita sekitar jam 5 petang tadi. Biarpun ada penambahan dari segi kes positif, namun angkanya tidak mencecah ratusan kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 57 kes positif baharu telah dilaporkan di seluruh negara. Berdasarkan siasatan, 18 kes adalah daripada kes import dan 39 kes daripadanya adalah disebabkan penularan tempatan. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 5,482 kes positif semenjak wabak ini mula dikesan di negara kita.

 

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyelesaikan 54 kes. Dengan jumlah tersebut, kes sembuh secara kumulatifnya adalah sebanyak 3,349 kes. Sehingga hari ini, masih ada 2,041 kes aktif yang terus dirawat di hospital.

Dalam perkembangan yang lain, jumlah kematian meningkat kepada tiga kes. Secara keseluruhannya, kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 92 kes.

Sumber: KKM