COVID-19: 54 Kes Positif Baharu Dan Satu Kematian Baharu Dicatatkan

covid-19: 54 kes positif baharu dan satu kematian baharu dicatatkan

Sekitar jam 4:30 petang tadi, KKM telah mengemaskini status COVID-19 di negara. Angka untuk kes positif hari ini sedikit menurun berbanding semalam.

Berdasarkan laporan KKM, 54 kes positif baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari. Daripada jumlah tersebut, 1 kes dikenalpasti sebagai kes import. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 6,589 kes.

Kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 65 kes. Secara kumulatifnya, KKM telah menyelesaikan 4,929 kes.

Sehingga hari ini,masih  terdapat 1,552 kes aktif yang masih dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya ditempatkan di ICU dan 6 kes daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan lain, satu kematian baharu telah dilaporkan. Jumlah itu menjadikan kes kematian di Malaysia akibat wabak ini adalah sebanyak 108 kes.

Sumber: KKM