COVID-19: 51 Kes Positif Baharu Dilaporkan Dan Dua Kematian Baharu Dicatatkan

covid-19: 51 kes positif baharu dilaporkan dan dua kematian baharu dicatatkan

Sekitar jam 4:30 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Berdasarkan laporan, jumlah kes positif baharu menurun berbanding semalam

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, KKM telah menerima 51 kes positif baharu di seluruh negara. Secara kumulatifnya, Malaysia telah merekodkan 5,742 kes positif semenjak wabak ini mula tular di negara.

Kes sembuh pula menurun berbading semalam dengan 99 kes dalam tempoh sehari. Secara keseluruhannya, KKM telah menyelesaikan 3,762 kes. Jumlah kes aktif pula menurun berbanding semalam dengan jumlah sebanyak 1,882 kes. Daripada jumlah tersebut 36 kes ditempatkan di ICU dan 16 daripadanya memerlukan bantuan alat pernfasan.

Dalam perkembangan yang lain, negara kita mencatatkan dua lagi kematian akibat wabak ini. Secara keseluruhannya, Malaysia telah merekodkan 98 kematian.

Sumber: KKM