Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 5,298 lagi kes baru COVID-19 pada 31 Januari, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 214,959.
Ia sekaligus menjadikan hari ketiga berturut-turut negara mencatatkan kes harian melebihi 5 ribu angka, sejak pertama kali ia dilaporkan pada 29 Januari (5,725) dan diikuti 30 Jan (5,728).
Dukacita dimaklumkan terdapat 14 lagi kes kematian dilaporkan pada 31 Januari, menjadikan jumlah angka maut akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 760 kes.
Perincian kes harian COVID-19 di Malaysia pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Kes sembuh=4,522
- Jumlah kes sembuh=166,049 kes
- Kes baharu positif=5,298 kes (5,295 tempatan, 3 import)
- Jumlah positif=214,959
- Kes kematian=14
- Jumlah kes kematian=760 kes
- Kes dirawat di ICU=313 kes
- Bantuan Alat Pernafasan=127
Daripada jumlah ini, KKM turut memperincikan 10 lagi kluster baharu dilaporkan, dimana 7 daripadanya melibatkan kluster berkaitan tempat kerja.
Sumber: KKM