COVID-19: Kes Positif Harian Tertinggi Dan Kes Sembuh Tertinggi Dilaporkan Semalam

covid-19: lagi 1,247 kes positif covid-19 dan tiga kematian baharu dilaporkan

Untuk 23 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan kes positif harian tertinggi dan juga kes sembuh harian tertinggi. 

Kes positif baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 4,275kes. Daripada jumlah itu, 4,264 daripadanya merupakan kes tempatan dan lapan kes import.

Selain itu, kematian baharu pula meningkat kepada 667 kes selepas KKM memaklumkan terdapat tujuh kematian baharu yang dilaporkan akibat pandemik ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mencecah 180,455 kes setakat semalam.

Bagaimanapun, angka kes sembuh mencecah 4,000 kes selepas KKM melaporkan 4,313 kes. Jumlah itu merupakan kes sembuh harian tertinggi yang dicatatkan.

 Sumber: KKM