Empat Daripada Lima Kluster Baru COVID-19 Dari Tempat Kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat lima lagi kluster baharu dicatatkan pada 21 Mac, dimana empat daripadanya adalah melibatkan tempat kerja.

 

Antara kluster baharu yang dilaporkan adalah Kluster Bukit Tambun (P.Pinang), Kluster Tapak Bina Jalan You City (Selangor), Kluster Jalan Permas Baru (Johor), Kluster Jalan Gemilang Tiga (Johor), dan Kluster D Gana (Sabah).

 

Perincian bagi setiap kluster baharu pada 21 Mac adalah seperti yang berikut:

 

 

Dalam pada itu, KKM turut melaporkan terdapat 1,327 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 333,040 kes.

 

 

 

Orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP dan amalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup separuh muka ketika berada ditempat awam.

 

Sumber: KKM