COVID-19: 1,772 Kes Positif Baharu, Kuala Lumpur Mencatat Penambahan Tertinggi

covid-19: 1,772 kes positif baharu, kuala lumpur mencatat penambahan tertinggi

Setakat hari semalam, 15 Disember, kes positif COVID-19 terus bertambah melebihi 1,000 kes. Menurut KKM, sebanyak 1,772 kes positif baharu telah dilaporkan  Dengan itu, jumlah keseluruhan telah mencapai 86,618 kes.

Bagi kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 1,084 kes. Dengan itu, secara keseluruhannya kes sembuh telah mencapai 71,681 kes.

Untuk kes kematian, tiga lagi kes telah dilaporkan. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 422 kes kematian akibat pandemik ini.

Selain itu, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 696 kes. Selangor pula berada di tangga kedua dengan 503 kes diikuti Sabah 260 kes.

Hanya Perlis dan Sarawak sahaja yang tidak melaporkan sebarang kes setakat hari semalam.

Sumber: Instagram KKM