Jumlah Kes Maut Akibat COVID-19 Kini Lebih Seribu Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 22 lagi kes kematian akibat COVID-19 pada 17 Feb, menjadikan jumlah maut kini melebihi 1,000 kes.


 
Daripada pertambahan kes maut itu, jumlah kematian kini sebanyak 1,005 kes, bersamaan 0.37% daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia. Perincian status terkini COVID-19 pada 17 Feb adalah seperti berikut:
  • Kes sembuh=5,709
  • Jumlah kes sembuh=229,762 kes
  • Kes baharu positif=2,998 kes (2,991 tempatan, 7 import)
  • Jumlah positif=272,163
  • Kes kematian=22
  • Jumlah kes kematian=1,005 kes
  • Kes dirawat di ICU=231 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=115
jumlah kes maut akibat covid-19 kini lebih seribu kes 

Selangor masih menjadi penyumbang terbesar kes jangkitan baharu, dengan 1,382 kes baharu dicatatkan, diikuti Johor (436), dan Negeri Sembilan (233).

jumlah kes maut akibat covid-19 kini lebih seribu kes
 
Sumber: KKM