COVID-19: 1,220 Kes Positif Baharu Dilaporkan, Lagi 6 Kluster Ditamatkan

covid-19: 1,220 kes positif baharu dilaporkan, lagi 6 kluster ditamatkan

17 Disember 2020, angka kes positif baharu terus berada pada paras 1,000. Untuk hari semalam, lagi 1,220 kes baharu telah dilaporkan. Secara kumulatifnya sudah terdapat 89,133 kes COVID-19 di negara kita.

Bagaimanapun, kes sembuh baharu telah melebihi kes positif. Setakat semalam, lagi 1,297 kes sembuh telah dilaporkan. Secara keseluruhannya kes sembuh COVID-19 di negara kita telah mencapai 74,030 kes.

Selain itu, KKM turut melaporkan 6 kluster telah tamat. Antara kluster yang diisytiharkan tamat ialah Benteng PK, Kapas BJ, Garden, Bah Tropicana, Bah Bercham dan Mentari.

Sumber: Instagram KKM