COVID-19: 12,160 Rakyat Malaysia Telah Pulang Dari Luar Negara, 95 Daripadanya Positif

covid-19: 12,160 rakyat malaysia telah pulang dari luar negara, 95 daripadanya positif

12,160 rakyat negara telah pulang ke tanah air dalam temph dua minggu yang lalu. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah tersebut, KKM telah mengesan 95 daripada mereka telah didapati positif COVID-19. Jumlah tersebut temasuklah mereka yang masih dan sedang dalam tempoh kuarantin.

Dalam perkembangan yang lain, KKM telah pun berjaya mengambil 7,910 sampel membabitkan beberapa kumpulan tersebut.

"Justeru, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan.” Kata Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hashim Abdullah.

Sumber: Astro Awani