COVID-19: Malayia Tambah 1 Lagi Kematian, 106 Kes Positif Baharu Dicatatkan

 covid-19: malayia tambah 1 lagi kematian, 106 kes baharu dicatatkan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat 1 lagi kematian akibat positif COVID-19. Beliau merupakan pesakit bagi kes yang ke-1519. Lelaki berusia 71 tahun ini merupakan seorang warganegara dan disyaki kontak rapat kepada seorang lelaki yang telah menghadiri perhimpunan tabligh.

Menurut KKM, beliau telak dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan telah meninggal dunia pada 5.35 pagi hari ini, 24 Mac. Dengan kematian ini, Malaysia telah mencatatkan 1 lagi rekod kematian akibat COVID-19.

Selain itu, 106 kes baharu dicatatkan. Daripada keseluruhan kes tersebut, 43 kes adalah berkaitan cluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. 63 kes lain pula masih dalam siasatan untuk kepastian. Jumlah ini telah menjadikan 1,624 orang telah dilaporkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Malaysia telah berjaya menyelesai dan merawat 183 orang. Masih terdapat 1,426 kes sedang dirawat di hospital.

 covid-19: malayia tambah 1 lagi kematian, 106 kes baharu dicatatkan

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN