COVID-19: Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40

Difahamkan lebih daripada 600,00 isi rumah yang merupakan golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.

covid-19: lebih 600,000 isi rumah m40 tergelincir ke kategori b40

Ia adalah susulan daripada krisis yang dicetuskan COVID-19 sehingga menyebabkan tahap pendapatan rakyat Malaysia terjejas teruk.

Menurut Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), berdasarkan laporan Jabatan perangkaan pada 2019, sekurang-kurangnya 8% isi rumah menunjukkan penurunan dari segi pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Penurunan ketara itu sekali gus menimbulkan kebimbangan berkaitan peningkatan ketidaksamarataan dan kesan terhadap kedudukan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Terdahulu, kerajaan mengambil inisiatif prihatin dengan mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion bertujuan sebagai rangsangan untuk menangani kesan COVID-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.

Jelas Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali, anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia mengalami penurunan dari RM45,973 pada 2019 iaitu sebelum COVID-19 kepada RM42,107 pada 2020 setelah wabak itu melanda negara.

“Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4%. sebelum ini kita pada kadar 10.5% ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18%,” terangnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN