COVID-19: Doktor Didenda Kerana Sebar Berita Palsu Mengenai Vaksin

Akibat menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan vaksin Sinovac, seorang doktor dikenakan denda sebanyak RM5,000 di Mahkamah Sesyen yang terletak di Perlis.

covid-19: doktor didenda kerana sebar berita palsu mengenai vaksin

Menurut pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebook UiDM Polimas dengan niat menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam menerusi penerbitan berupa video ceramah yang mengandungi berita tidak benar pada 20 April lalu.

Akibat perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan bahawa tertuduh merupakan lulusan dari sebuah perubatan universiti perubatan di Mesir dan memiliki klinik di Pendang, Kedah.

Menurut peguam yang mewakilinya, iaitu Mohd Khairul, beliau berkata anak guamnya itu bukanlah seorang individu antivaksin dan bahkan, telah selesai menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer.

Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail mengatakan dalam hujah balasnya bahawa perbuatan tertuduh itu berupaya mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat, lagi-lagi dalam keadaan yang mana kerajaan sedang berusaha untuk memberikan vaksin kepada rakyat.

Tambahnya lagi, perbuatan tertuduh itu juga mampu membantutkan usaha kerajaan dalam usaha mencapai imuniti kelompok susulan video ceramah yang diberikan olehnya itu tular sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

 

Sumber: [1]