COVID-19: Barisan Hadapan Dah Penat, DG Hisham 'Merayu' Pada Orang Ramai

“Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga.”

covid-19: barisan hadapan dah penat, dg hisham 'merayu' pada orang ramai

Itulah kata-kata daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang merayu kepada orang ramai berikutan kes COVID-19 yang kian meningkat.

Menerusi satu entri yang dimuat naik Facebook pada awal pagi Isnin, jelas beliau, petugas barisan hadapan sudah penat, namun mereka tetap juga gagah demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Setakat Ahad lalu, jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19 mencecah 846 kes dengan 419 daripadanya bergantung pada bantuan alat pernafasan.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dalam entri yang sama, memperlihatkan petugas barisan hadapan merawat pesakit serta pengurusan jenazah yang meninggal dunia kerana COVID-19.

Terdahulu, Malaysia mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan 6,993 kes dan 79 kes kematian pada Ahad.

Sabtu lalu, negara mencatat kes baru tertinggi dengan 9,020 kes.

 

Sumber: [1]