3,306 Kes Baharu Dilaporkan, Empat Kematian Dicatatkan

3,321 kes sembuh baharu dilaporkan, jumlah tertinggi harian dicatatkan

Pandemik COVID-19 terus melanda negara kita. Bagaimanapun, untuk hari semalam, 18 Januari 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan jumlah kes positif baharu sebanyak 3,306 kes. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 161,740 kes COVID-19 yang didaftarkan di negara kita. 

Namun begitu, kes sembuh baharu tetap melebihi angka 2,000 sehari. KKM melaporkan lagi 2,293 kes sembuh baharu dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 122,344 kes.

Selain itu, KKM juga melapotkan empat kematian baharu dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 605 kes.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 38,791 kes. Daripada jumlah itu, 226 daripanya merupakan kes ICU dan 94 daripada kes itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,213 kes.

Sumber: Instagram KKM

ARTIKEL BERKAITAN