"Andai Boleh Diundur Waktu," Puteri Sarah Liyana Akui Pernah Rasa Wang Tak Cukup

"Jika dapat diundurkan waktu, ada banyak perkara yang ingin diperbaiki. Tapi kalau diberi pilihan satu, ia adalah gaya hidup," kata pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana, 39.

andai boleh diundur waktu, puteri sarah liyana akui pernah rasa wang tak cukup

Menurutnya, ketika dilimpahi kemewahan dan berada di puncak kehidupannya tidak mempunyai tujuan.

 

"Dulu walaupun banyak duit tapi tiada arah tujuan. Sekarang saya bersyukur masih dilimpahkan dengan kemewahan cuma bezanya saya dapat rasakan keberkatan.

"Malah, dulu tak tahu nak buat apa dengan duit tapi sekarang kalau ada duit perkara pertama sekali saya akan utamakan ialah anak-anak," katanya menerusi SYOK Podcast Confession Bilik Gelap musim keempat.

Puteri Sarah yang juga ahli perniagaan mendedahkan, sebelum ini wang yang diperolehi dirasakan seperti tidak cukup.

 

"Dulu rasa seperti tidak pernah cukup. Duit hanya untuk bersuka ria. Untuk diri sendiri tak fikir apa. Tiada komitmen. 

"Sekarang saya sudah mempunyai komitmen dan wang diperolehi rasa lebih berkat. Apabila tengok ibu bapa saya gembira, baru saya rasa seperti anak, ibu dan manusia berguna," katanya.

 

Pada masa sama, Puteri Sarah bersyukur kerana buat pertama kali dapat membawa ibu kedua ibu bapanya bercuti menggunakan pendapatan yang diperoleh atas usahanya sendiri.

andai boleh diundur waktu, puteri sarah liyana akui pernah rasa wang tak cukup

"Masa muda bila dapat duit berlakon hanya 'enjoy' untuk diri sendiri sebab fikir ibu bapa sudah ada wang mereka sendiri.

"Tujuan saya sekarang adalah menggembirakan Syaikhul dan Sumayyah dan ibu bapa saya. Macam baru-baru ini saya bawa keluarga pergi bercuti.

"Itu adalah kali pertama saya bawa mereka bercuti menggunakan wang daripada hasil titik peluh sendiri," katanya.

 

Terdahulu, Puteri Sarah yang pernah berkahwin dengan pengrah Syamsul Yusof bercerai dengan talak satu, pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7 dan Summayah, 5.