CNN Nobatkan Asam Laksa Penang Sebagai Antara Makanan Terbaik Dunia

cnn nobatkan asam laksa penang sebagai makanan terbaik dunia

Malaysia ni memang banyak makanan yang sedap dan best. Pergi je mana-mana pelosok, mesti akan ada makanan yang sedap. Tak hairanlah kalau orang Malaysia memang suka makan.

Bukan orang Malaysia je yang suka masakan Malaysia. Orang luar negara juga suka akan makanan Malaysia. Sebab itu lah CNN telah meletakkan salah satu khazanah masakan Malaysia sebagai makanan terbaik dunia.

Asam Laksa Pulau Pinang berada di tangga ketujuh untuk senarai 50 makanan terbaik dunia. Portal antarabangsa itu menyifatkan masakan asam laksa sebagai hidangan yang akan membuat hidung anda berait sebelum sudu menyentuh bibir anda. Haaa macam tu sekali ya orang luar memperincikan makanan kita.

Tempat pertama dalam carta tersebut ialah kari Massaman dari Thailand. Kedua dan ketiga pula dimiliki oleh Pizza Neopolitan (itali) dan coklat (Mexico).

Sumber: Astro Awani