‘Saya Takde Ayah, Mama Lah Bapa Dan Ibu Saya’ - Cik B Ucap Selamat Hari Bapa Kepada Datuk Seri Vida

Tindakan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah menarik perhatian ramai selepas dia meraikan ibunya sempena Hari Bapa baru-baru ini. 

Menurut Cik B, dia bukan sengaja mahu mencari perhatian namun dia berkata bahawa ibunya layak untuk diraikan kerana telah berjaya menjalankan tugas sebagai seorang bapa sepanjang membesarkan Cik B dan adiknya selama ini. 

 

@pamogahq_ Happy Father's dari Cik B @cikb_havoc66 kat saya.. Adoii Dark betullahh.. Loading kejap sel otak.. bila cik B ucapkan.. baru Faham.. hu hu #fathersday #fyp #fypシ゚viral #fypage ♬ original sound - EMPAYAR DATO SERI VIDA

 

“Sebab saya tiada ayah. Takkan hendak tulis selamat hari bapa pada ayah yang tiada?”

“Mama adalah ayah, ibu, kakak baik dan semua,” katanya dalam sebuah perkongsian video.

Perkara itu juga telah membuatkan ibunya terkejut mengapa anaknya itu mengucapkan selamat hari bapa kepada dirinya. 

Rata-rata reaksi netizen juga turut tersentuh melihat gelagat ibu dan anak tersebut. 

Sumber: Kosmo