Cik B Miliki Kereta RM1.79 Juta Di Usia 19 Tahun

Pempengaruh dan penyanyi Cik B, berjaya mencapai impiannya untuk memiliki kereta idaman yang berharga RM1.79 juta sempena ulang tahunnya yang ke-19.

Menurut Cik B, kereta mewah itu dibeli hasil daripada perniagaan yang diusahakan sendiri serta berkat doa dan sokongan daripada ibunya Datuk Seri Vida (DSV).

“Pertama sekali saya nak cakap terima kasih tidak terhingga kepada mama sebab kalau tiada mama, saya takkan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original tau bukan convert.

“Jadi, terima kasih sangat-sangat mama, sayang mama dan selamat hari jadi untuk saya,” katanya di Instagram.

Dalam hantaran yang sama, Cik B juga turut menunjukkan gambar dan video ketika sedang berada di kedai jualan kereta tersebut. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

 

“Mei adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei jadi saya beli kereta Brabus original.

“Teruja betul nak ambil kereta masa ini. Tapi cuba kau orang teka Cik B beli kereta apa? tentu sahaja G63 geng!” kongsinya.

Lebih menarik, kereta berwarna hitam itu juga memiliki nombor plat yang ditempah sempena namanya serta nombor bertuah iaitu CB111.

Rata-rata komen netizen juga turut tumpang gembira dengan rezeki yang diraih oleh Cik B. 

Sumber: Kosmo