‘Banyak Lagi Benda Penting Nak Buat’ - Che Ta Akui Tak Periksa Telefon Suami

Terlalu sibuk dengan urusan yang lebih penting, pelakon Rozita Che Wan akui tidak pernah sekali pun memeriksa telefon suaminya, Zain Saidin. 

Menurutnya dalam perhubungan, kepercayaan sesama pasangan sangatlah penting kerana jika sehebat mana pun dia menipu, perkara itu pasti akan terbongkar juga. 

“Ramai DM (mesej langsung) saya tanya tak periksa telefon Zain (suami) kah? Tak kuasa nak periksa telefon dia. Telefon aku pun tidak sempat balas mesej.

“Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingat konsep itu,” katanya. 

Dalam pada itu, Rozita juga turut meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada suaminya walaupun dia tidak memeriksa aktiviti dalam telefon. 

“Konsepnya kita percaya tetapi bila awak cari pasal sekali, siaplah. Masa itu baru tahu langit tinggi atau renda.

“Macam itu konsepnya sebab kita ada kehidupan sendiri dan tak kuasa nak periksa itu ini”, tambahnya. 

Sumber: Kosmo