Che Ta Kesal Orang Tuduh Dia Kelaskan Anak Dalam Golongan T20

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta meminta orang ramai untuk membuat aduan terhadap sebuah akaun Tiktok yang didakwa telah menyebarkan berita palsu mengenai anak perempuanya. 

Menurutnya, akaun tersebut telah menuduh dia meletakkan keluarga terutamanya anak perempuannya itu dalam kategori T20 (golongan kaya) adalah rekaan pihak tertentu.

“Nak minta tolong semua untuk membuat aduan mengenai pengguna akaun ini.

“Individu ini telah mereka cerita fasal anak saya. Minta tolong semua.

“Kami tak pernah bezakan pun atau memberi pengkelasan diri saya ini berada dalam kategori B40 atau T20. Saya tak ambil peduli fasal ini semua,” tulisnya. 

Sumber: Kosmo