Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, dilihat sudahpun membeli kelengkapan barangan kemas untuk ibu dan adik beradiknya yang lain sempena Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba.
Menerusi hantaran video di media sosial, Che Ta dilihat memborong barangan kemas di kedai tersebut.
“Bila kami adik beradi mai (datang) serbu kedai emas,” tulis Che Ta, 50.
Dalam video berbeza, pelakon itu dengan bersahaja mengeluarkan wang tunai sebanyak RM30,000 dari dalam beg tangannya untuk membayar barangan kemas yang dibeli.
“Nasib baik kita bawa duit ‘selori’ nak bayar gelang emak. Berapa? RM30? (30 ribu). Selesai. Kena kira, dah terkeluar getah (diikat dengan getah),” bebel Che Ta.
Rata-rata warganet teruja melihat aksi Che Ta berbelanja barangan kemas dalam jumlah banyak, bagaikan membeli ikan di pasar.
“Itu dia, Che Ta beli emas macam beli ikan di pasar,” usik seorang pengguna Instagram.
Tidak kurang ada juga yang memuji Che Ta yang tidak kedekut dan berkira dalam menggembirakan hati ibu serta adik beradik lain.
Sumber: Instagram